Tuesday, August 18, 2009

Pasti semua pelajar berasa amat takut dengan masa yang sama berasa tidak sabar untuk mendapat keputusan sesuatu peperiksaan. Saya sedang menantikan keputusan peperiksaan GCE peringkat O bahasa melayu hari ini. Saya akan berasa amat bersyukur jikalau saya mendapati A2 untuk bahasa saya. Harap-haraplah saya mencapai impian saya ini. Tetapi saya ada perasaan yang saya tidak akan dapat impian ini. Jadi Saya sudah bersedia untuk mengambil kembali peperiksaan ini. Saya akan bekerja dengan lebih keras kali ini.

Wednesday, August 12, 2009

Pengertian Hari Kebangsaan Bagi Saya.


9 Ogos, adalah hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat singapura. Hari kebangsaan yang ke 44. Hari ini menunjukkan kejayaan negara kita ini. Singapura telah mencapai kemerdekaan dan telah mengembang menjadi negara yang maju. Saya berasa amat bangga untuk menjadi rakyat singapura kerana kita sebagai rakyat singapura telah membangkitkan negara ini walaupun cabaran-cabran yang amat berat yang menimpa kita. Datuk noyang kita mempertahankan tanah air kita sehingga ke hujung nyawa mereka. Mereka pun telah bekerja keras untuk mengembangkan industri justeru memperbaikkan economi singapura. Sekarang, cabaran yang baru telah menempa kita semua. Masalah pengganas dan wabak influenza H1N1. Bagi masalah pengakit, kita sebagai rakyat singapura pernah melawang wabak SARS yng telah meragut ramai mangsa. Dengan pengalaman itu, kita sedang menentang pengakit H1N1 pula. Bagi masalah pengganas, SAF, polis dan rakyat singapura sedang mempertahankan negara kita dari serangan pengganas. Inilah pengertian saya bagi Hari kebangsaan, iaitu, menghadapi cabaran kita.

Perayaan hari kebangsaan tahun ini di stadium terapung marina bay. Ramai rakyat singapura dan warga asing menonton dan menikmati persembahan itu. Tema perayaan tahun ini MARI BERSAMA. Pada pendapat saya, rakyat kita, tidak kira bangsa dan ugama mempunyai persahabatan yang amat erat sekali. Tetapi kita mesti ingat tengtang masa silam kita iaitu pergaduhan antara kaum melayu dan kaum cina. Saya sangat yakin yang pergaduhan seperti itu tidak akan berlaku lagi di Singapura.

Wednesday, July 29, 2009

Bagaimana kita boleh melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa

ibu bapa harus mendidik anak mereka dari kecil untuk berbudi bahasa. Dengan ini, kanak-kanak dapat mendapat kepentingannya dari kecil dan akan membesar dengan budi bahasa. Apabila kanak-kanak itu sudah matang, mereka sudah biasa dengan ini. Sekolah juga memainkan peranan yang penting untuk mendidik para pelajar Singapura.Semua sekolah mempunyai nilai-nilai murni dan ini akan membuat pelajarmenerap nilai-nilai baik ini. Ini kerana sekolah adalah tempat yang pertama para pelajar dapatkan ilmu. Cara ini akan melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa tetapi cara ini akan memakan masa. Pemerintah boleh membuat poster-poster menunjukkan kepentingan budi bahasa di tempat-tempat awam. Saya rasa yang kita akan mencapai impian kita iaitu masyarakat yang berbudi bahasa.

Tuesday, April 28, 2009

SURAT RASMI

Muhammad Nizar Bin Jasmani
Blk 264 Tampines St 21 #05-120
Singapura 520264

29April 2009

Pengurus Gagoon Pte Ltd
Tampines St 68 #01-234
Singapura 520988

Tuan

PER:PERKHIDMATAN KAUNTER MEMBELI TICKET YANG TIDAK MEMUASKAN

Berhubungan dengan perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang perkhidmatan kaunter membeli ticket. Saya rasa yang kelakuan pekerja kami tidak elok dan telah membuat ramai pelanggan tidak berpuas hati.

Pekerja tuan berkelakuan biadap dan tidak sabar dengan pelaggan-pelaggan tuan. Saya dan keluarga saya hendak membeli ticket dari salah satu kaunter tuan. Saya memesan tiga tiket dan saya meminta receipt daripada pegawai kaunter. Pegawai kaunter itu member saya tiga tiket tanpa wang balik dan recip. Dia terus memanggil pelanggan yang seterusnya. Apabila saya meminta recip dan wang balik yang saya ingainkan, dia terus memaki saya dan menguruh saya pergi.

Bukan itu saja. Saya ternampak pegawai itu memberi pelaggan-pelaggan yang dia kenal untuk memotong barisan. Saya rasa pelanggan-pelanggan itu mesti rakan-rakannya. Saya amat marah sekali. Ramai orang telah memberatur lama dan dia telah membuat perkara sedemikian itu.

Semoga aduan saya ini memdapat perhatian daripada tuan besarlah harapan saya sekiranya tuan melihat masalah ini dengan lebih dalam dan harap mengatasi masalah ini demi nama baik syarikat tuan. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang di berikan oleh tuan.

Yang benar



(Muhammad Nizar Bin Jasmani)

Thursday, April 23, 2009

Tips surat rasmi..

Surat Rasmi

Permulaan

Berhubung dengan perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah East Spring dengan sukacitanya memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat kampus Universiti Nasional Singapura. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti tahunan persatuan kami bagi pelajar-pelajar menengah 4.

Isi

Tujuan lawatan ini adalah untuk …..Jika diizinkan, kami ….Akhir sekali kami bercadang untuk …….lectureSemoga dengan lawatan ini akan dapat menambahkan semangat untuk kami belajar bagi menempuh peperiksaan GCE peringkat ‘O’ dan seterusnya menjejakkan kaki di lembah ilmu ini dan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti pengalaman di Universiti Nasional nanti akan memberi satu semangat yang tidak ternilai buat kami dan menjadi perangsang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Penutup

Surat Permohonan

Saya berharap mudah-mudahan permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan tidak menolak permohonan kami memandangkan hasil lawatan ini pasti dapat memberi manfaat kepada kami. Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.AtauSurat AduanSemoga aduan kami (pada kali ini) mendapat perhatian daripada pihak tuan. Besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan sudi berkunjung ke (kawasan perumahan) kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang (masalah yang terpaksa kami hadapi).Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih.

Thursday, April 2, 2009

Hari Persahabatan Antara Bangsa

hari ini adalah hari persahabatan antara banbsa. dan hari ini adalah satu hari yang amat penting untuk diperayakan oleh kerana di singapura, ada banyak orang bekerja dan bersekolah di sini dari luar negeri. hari ini, kita dapat mengungsi budaya kita dan pelajari budaya kaum-kaum lain. memahami budaya lain amat penting sekali kerana kita boleh bergaduh. kita pun mesti memberi lalu dan selalu memahami budaya-budaya lain. pada hari itu ada banyak aktiviti-aktiviti yang para pelajar boleh cuba. kami dapat mencuba makanan-makanan orang-orng cin,india,melayu dan orang barat. makanan yan tersedap pada saya ialah roti prata. memang sedap sekali.. roti canai adalah nama roti prata di malaysia. jadi kalau awak pergi ke malaysia, jangan panggil roti prata. panggil roti canai. mereka tidak akan paham apa itu prata. memang aneh sekali.. kami pun dapat mempelajari joget break dance. tarian ini datang dari united states of america. tarian ini memang susah untuk dipelajari kerana ia memerlukan banyak tenaga dan harus tangkas. rentak muziknya pun amat cepat sekali. Saya cuba menari tarian ini. Haii. Malunya saya. Ramai kawan-kawan saya ketwakan saya. Saya menjadi bahan ketawa orang ramai kerana saya ingin mencuba tarian itu. Untuk menamatkan hari, rakan-rakan saya dan saya bermain traditional melayu ia itu capteh.

Tuesday, March 31, 2009

Tips untuk karangan expositori...

Definasi
Informasi
Analisis

Isi
Bukti
Ulasan kecil

Kesimpulan
Ummph